Jarak dari Safiyya Homestay di Pasir Mas ke Rantau Panjang hanya sekitar 14 - 17 minit je (bergantung pada si drivernya).
Ohya apa yang menariknya kat Rantau Panjang? Rasanya semua orang tau. Rantau Panjang adalah kawasan zon bebas cukai. Ia amat terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan para pelancong …
Setiap
kali musim cuti sekolah atau cuti umum, pasti ramai tetamu dan pelancong
yang akan
datang ke Rantau Panjang. Mereka datang terutamanya untuk membeli belah.
Ia
menjadi tumpuan kerana harga barangannya yang dikatakan amat murah.
Berbaloi orang kata jika dapat datang ke Rantau Panjang. Pelbagai
barangan
seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan orang dewasa, toto,
cadar, selimut, kasut & selipar wanita, kasut & baju bola, beg
wanita, pinggan mangkuk, kuali dan
periuk belangga. Pelbagai jenis buah-buahan, bunga-bungaan dan
cenderahati juga
ada dijual.
Kaum Wanita pasti
teruja bila datang ke Rantau Panjang. Asyik-asyik tengok dompet - ada
banyak lagi tak duit. Maklumlah tengok itu nak beli, tengok ini pula nak
beli. Fesyen
bajunya bukan saja sentiasa baru / berfesyen terkini tapi juga mempunyai
‘pelbagai jenama terkenal’.
Apa yang penting ia amat murah, cantik dan sesuai untuk bergaya sakan.
hehe ..
Opss!! jangan lupa cuba makan pulut ayam resepi thai, som tam, mee kuah, lok ching okey.
Best tau. Rugi kalau dah sampai kat Rantau Panjang tapi tak cuba makanan ini.
Jom kita tengok gambar sekitar Pasar Besar Rantau Panjang yang sempat safiyya rakamkan baru-baru ini ...
Selamat membeli belah ... jangan risau kalau tak cukup duit okey ... banyak bank terdapat di Rantau Panjang. Antaranya BSN, Maybank, Bank Islam, Bank Pertanian ... semua ada .. yang penting duit ada .. hehe