Home

Jalan ke Safiyya Homestay

Monday

Dari Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai – Machang – Kota Bharu – Pasir Mas 
Apabila sampai di bandar Tunjong, pandu terus. Pandu sehingga tiba di persimpangan empat (traffic light), ambil lorong kiri untuk ke Pasir Mas (guna JALAN SALOR – PASIR MAS). Pandu terus sehinggalah anda tiba di bulatan (roundabout) LEMAL/PASIR MAS. 
Sebaik tiba di roundabout ini, belok ke kiri dan akan jumpa simpang tiga di depan petrol pam Esso. Di simpang tiga ini, anda perlu belok kanan terus memandu sehingga ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Dari hospital Lati, anda diminta terus memandu  lebih kurang 100 meter dan anda akan sampai ke SAFIYYA GUEST HOUSE, betul-betul di tepi jalan dan bertentangan dengan masjid as-Safraa / masjid Kepas (masjid warna kuning). Ada SIGN BOARD SAFIYYAGUESTHOUSE di tepi jalan.

Dari Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai – Machang – Kota Bharu – Pasir Mas - Rantau Panjang
Dari Kota Bharu, pandu terus sehinggalah anda tiba di bulatan (roundabout) LEMAL / PASIR MAS. Sebaik tiba di roundabout ini, terus guna jalan menuju ke Rantau Panjang. Dari roundabout ini pandu lebih kurang 4 km akan jumpa simpang tiga. Di sini juga  akan nampak signboard yang menunjuk arah ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Sampai je di simpang 3 ini (juga ada signboard Safiyya Guest House), terus belok kiri menuju Jalan Hospital Daerah Pasir Mas. Lebih kurang 1.5 km akan jumpa SAFIYYA GUEST HOUSE (ada SIGN BOARD SAFIYYAGUESTHOUSE di tepi jalan ). 

Dari Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah - Pasir Mas.
Bagi mereka yang dah biasa, boleh terus guna jalan pintas, iaitu melalui Kuala Krai  - Machang - Tanah Merah – Pasir Mas. 
Dari Tanah Merah, anda diminta pandu terus ke Pasir Mas. Apabila sampai di hadapan jejantas Lemal, anda akan jumpa Sekolah Menengah Panglima Raja (sebelah kiri), belok kiri, terus memandu sehingga ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Dari hospital Lati, anda diminta terus memandu  lebih kurang 100 meter dan anda akan sampai ke SAFIYYA GUEST HOUSE, betul-betul di tepi jalan dan bertentangan dengan masjid as-Safraa (masjid warna kuning).

Dari Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah - Pasir Mas.
Dari Tanah Merah, anda diminta pandu terus ke Pasir Mas. Apabila sampai di roundabout, anda belok kiri terus memandu menggunakan jalan raya ke Rantau Panjang. Dari roundabout ini pandu lebih kurang 4 km akan jumpa simpang tiga. Di sini juga  akan nampak signboard yang menunjuk arah ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Sampai je di  simpang 3 ini (juga ada signboard Safiyya Guest House), terus belok kiri menuju Jalan Hospital Daerah Pasir Mas. Lebih kurang 1.5 km akan jumpa SAFIYYA GUEST HOUSE (ada SIGN BOARD SAFIYYAGUESTHOUSE).